Saturday, April 17, 2010

PPU1M kearah usahawan sukses


Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan dan galakan kepada individu supaya menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dalam menjana pendapatan tambahan

Program Perintis Usahawan 1 Malaysia merupakan satu program pembangunan usahawan yang dirancang dengan teliti untuk membangunkan dan membimbing individu menjadi usahawan sukses. Setiap peserta yang mengikuti program akan diberi pendedahan dan bimbingan mengenai pelbagai aspek dalam perniagaan.Pada peringkat akhir program,setiap peserta akan dapat memahami dan mempelajari tentang cara-cara memulakan perniagaan dan bagaimana untuk sukses dalam perniagaan.

KANDUNGAN PROGRAM

Setiap peserta akan menyertai 3 fasa kearah pembentukan usahawan sukses:

Fasa 1 : Persediaan asas dalam perniagaan
Fasa 2 : Seminar keusahawan MAEDEC
Fasa 3 : Bimbingan Mentor secara berterusan

SIAPA YANG PATUT TERLIBAT?


  • Usahawan baru

  • Usahawan sedia ada

  • Siswazah

  • Pesara

Kesimpulannya, PPU1M menyediakan peluang perniagaan,khidmat nasihat,jaringan perniagaan,bimbingan modal &mentor bagi memastikan impian menjadi usahawan sukses tercapai



Sesi Wawancara PPU1M dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia
di RTM1 pada 10 Mac 2010

2 comments:

  1. kenapa website www.ppu1m.com ni sudah tiada tuk diresearch. adakah ini scam ???....

    ReplyDelete
  2. http://binauc.com/jadual-program/

    ReplyDelete