Sunday, April 18, 2010

FASA 1 : Persediaan Asas dalam bidang keusahawanan


Program Perintis Usahawan 1 Malaysia merupakan program yang bertujuan untuk melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang di kalangan rakyat Malaysia.Setiap peserta yang menyertai program akan melalui 3 Fasa ke arah pembentukan usahawan sukses.

FASA 1 : Persediaan Asas dalam bidang keusahawanan

Setiap peserta akan diberi pendedahan dan bimbingan mengenai keperluan asas dalam bidang perniagaan terutama dari aspek persediaan sebelum memulakan perniagaan/memperkembangkan perniagaan.

Penekanan akan diberi mengenai aspek perancangan perniagaan seperti:


  • Kajian jenis perniagaan yang sesuai

  • Kajian lokasi perniagaan yang strategik

  • Kajian pesaing

  • Kajian pasaran

  • Kajian strategi perniagaan

  • Kajian aspek kewangan yang diperlukan dalam perniagaan

Melalui fasa 1, setiap peserta akan diberikan khidmat nasihat secara berterusan dan bimbingan melalui sesi bengkel yang dianjurkan MAEDEC bagi memastikan peserta bersedia dari aspek perancangan sebelum memulakan perniagaan / memperkembangkan perniagaan

No comments:

Post a Comment